Pemimpin idola ku

Hai guys, hari ini rasa macam ada mood nak bercerita sikit pasal pemimpin yang aku kagumi,sanjungi dan hormati sejak kecil lagi .Haaa, siapakah dia ? Aku pasti semua mesti kenal dia ini yang mendapat gelaran Bapa Permodenan negara kita,Malaysia.Yaa tak lain tak bukan beliau ialah Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Ok sedikit maklumat tentang latar belakang beliau :

Tarikh lahir : 10 Julai 1925,tetapi bapanya telah mendaftarkan tarikh lahir beliau dalam sijil                                        kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan persekolahan beliau
                         (sumber:Wikipedia).
Asal             : Alor Star,Kedah
Bilangan adik beradik : 9 orang,anak bongsu
Pendidikan : Sekolah Melayu Seberang Perak,Alor Star KEdah
                     Government English School (kini Koleh Sultan Abdul Hamid)
                     Kolej Perubatan King Edward,Universiti Malaya,Singapura .


Gambar beliau dan isteri muda-muda dulu





Apa sebab aku idolakan beliau ? Ketokohan beliau,karisma beliau,visi dan misi beliau serta semangat cinta kan negara beliau buat kan aku kagum dengan beliau.Tanpa usaha Tun M,nama Malaysia tak mungkin akan dikenali di seluruh dunia.Kelantangan,ketegasan dan pendirian beliau juga membuat beliau dihormati dikalangan pemimpin dunia ketika beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.

Terlalu banyak nak diceritakan tentang Tun M ni,cukup sekadar cerita ringkas untuk menggambarkan betapa aku mengagumi beliau.Selama 22 tahun memerintah,pelbagai pembangunan dan permodenan yang telah dilaksanakan oleh beliau demi meletakkan Malaysia di mata dunia.Pembinaan KLCC,Litar Antarabangsa Sepang,KLIA,Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi adalah ilham daripada beliau demi memodenkan Malaysia.

Legasi Tun Dr Mahathir

Pada tahun 1997 hingga 1998,Malaysia menghadapi krisis ekonomi yang agak teruk ketika itu.Namun,kebijaksanaan Tun M dalam menyelesaikan masalah ini berjaya membawa Malaysia keluar daripada krisis ekonomi tersebut.

Tun Dr. Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah


Okay lah cukup lah takat ini je aku celoteh pasal pemimpin kesayangan aku ni.Nak lebih lanjut google lah sendiri okay !



Comments