Assalamualaikum dan salam
sejahtera semua, untuk entri kali ini aku nak cerita pasal ‘person that I
admire most’ atau idola dalam kehidupan aku which is Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
yang merupakan ahli perniagaan dan merupakan individu Melayu terkaya di
Malaysia.
Beliau dilahirkan pada
tahun 1951 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak ketiga daripada tujuh
adik-beradik hasil perkahwinan bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah
Rokiah Syed Mohamed Rahmat yang berasal dari Hadhramaut, Yemen. Ketika umur 9
tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru
hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah
Saint Michael's.
Kerjayaan dalam
perniagaan dimulakan dengan membantu ibunya menanam sayur-sayuran, menjual nasi
lemak, menternak lembu dan kerbau seterusnya terlibat dengan pengusaha daging
lembu dan kerbau. Beliau juga terlibat dengan syarikat pengangkutan iaitu lori
untuk memulakan perniagaan beras. Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL)
Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang, KL untuk
mengusahakan perniagaan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak
sapi kepada kerajaan. Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama,
Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai
produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.
Walaupun bergelar
individu nombor 10 terkaya di Malaysia menurut laporan Forbes 2017 dengan asset
bernilai AS$1.8 billion, beliau telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary
pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai
RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan
kebajikan. Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa
Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010, beliau juga menawarkan 36 mesin
haemodialysis secara percuma di Pusat Perubatan Albukhary.
Beliau juga pernah
dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah pada tahun 2008 peringkat kebangsaan,
walaupun mempunyai empayar perniagaan bernilai berbilion ringgit beliau tetap
bersikap merendah diri dalam apa jua perkara yang dilakukan dan sering
melakukan kerja amal dan kebajikan, dengan sikap sebegini menjadikan beliau
salah seorang daripada idola dalam kehidupan aku.
Hanya mengunakan kereta nasional ke majlis rasmi.
Biography Syed Mokhtar Albukhary
Sumber : W ikipedia, Forbes.
Comments
Post a Comment