Al-Ikhsan, nama kedai menjual peralatan sukan yang dikenali ramai rakyat Malaysia. Tetapi, siapakah pengasas Al-Ikhsan sebenar yang mungkin ramai belum mengenalinya.
Biodata
Haji Ali Hassan Mohd Hassan
Berasal dari Skudai, Johor
Lahir pada 9 Julai 1970
Jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM (1993)
Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd
Sejarah
Beliau bermula menceburi bidang perniagaan semasa beliau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Beliau hanya berniaga kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah di UTM serta berniaga secara kecil-kecilan di Holiday Plaza, Johor Bahru. Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk menyara hidup dan yuran pembelajaran. Fokus dan kesungguhan beliau akhirnya beliau berjaya dalam dunia perniagaan sehingga kini yang boleh kita lihat. Sehingga kini terdapat lebih daripada 100 buah outlet Al-Ikhsan di seluruh negara.
Rahsia Kejayaan Yang Perlu Dicontohi
1. Awal
Beliau memaksudkan awal itu dengan menyatakan beliau membuat sesuatu perkara yang penting lebih awal seperti contoh mengawalkan solat fardhu. Itulah rahsia kejayaan utama beliau yang masih beliau terapkan kepada pekerja beliau. Mengutamakan solat.
2. Ibu
Kejayaan beliau juga didorong dengan mengutamakan ibunya sendiri. Beliau sanggup meletakkan satu undang-undang di mana setiap perasmian kedai barunya, ibunya perlu hadir bersama VIP. Ibunya telah banyak mengajar beliau terutamanya dalam bersedekah. Selain itu, ibunya selalu berdoa untuk kejayaannya.
3. Sedekah
Ibu bapanya banyak bersedekah dan ini dijadikan contoh oleh beliau sendiri. Al-Ikhsan mempunyai satu kumpulan akan membuat sedekah kepada orang miskin pada setiap minggu dari segi bentuk wang dan sebagainya.
![]() |
Logo dijersey |
Jika kita lihat terutamanya bola sepak, kita dapat lihat logo ini di jersey pemain-pemain atau papan penaja di tepi padang. Kejayaan besar bagi Al-Ikhsan kerana berjaya menaja banyak sukan di Malaysia.
![]() |
Pasukan yang ditaja oleh Al-Ikhsan pada Liga Malaysia 2017 |
Apa yang boleh dilihat disini beliau mengutamakan ajaran agama dan ibu bapanya sendiri untuk berjaya. Beliau banyak menghadapi dugaan tetapi itulah asam garam untuk berjaya. Bersakit-sakit dahulu; bersenang-senang kemudian.
Comments
Post a Comment