
Assalamualaikum n salam sejahtera guys…, kali ni aku nak
share sikit mengenai salah seorang tokoh kepimpinan yg berasal dari negeriku
iaitu Kelantan. Beliau ialah bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Tuan
Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Serba sedikit mengenai dirinya ialah beliau
merupakan anak kedua dari perkahwinan ayahnya bersama isteri pertama. Beliau
dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kelantan dan membesar dalam suasana
keluarga yang sederhana. Beliau juga dikatakan seorang yang lemah lembut, mudah
bertolak ansur dan begitu disayangi oleh rakan-rakannya.

Apa yang aku ingin tekankan kat sini ialah antara nilai
kepimpinan yang diamal oleh beliau yang boleh dijadikan contoh kepada semua
pemimpin dan juga buat kita semua. Nilai yang pertama ialah beliau sangat
mementingkan aspek agama iaitu agama Islam dalam sistem pemerintahannya.
Apa-apa keputusan yang dibuatnya akan berlandaskan agama Islam dan begitu juga untuk
setiap pelaksanaan yg dilakukan olehnya akan berkonsepkan agama Islam itu
sendiri. Sebagai contoh, semua rakyat yang beragama islam di negeri Kelantan
wajib menutup aurat sebagaimana yg disuruh oleh Allah SWT. Selain itu, rakyat
yang beragama selain agama Islam hendaklah sentiasa berpakaian sopan dan tidak
menjolok mata. Justeru, ini dapat mengelakkan berlakunya pelbagai gejala
negatif seperti isu rogol dan sebagainya.

Selain itu, Tok Guru juga merupakan seorang yang berdisiplin
tinggi dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Sebagai contoh, sebelum menghadiri mesyuarat rasmi Exco dengan pihak istana
iaitu Sultan Kelantan, beliau akan mengadakan
mesyuarat “Pre-Council” terlebih dahulu bersama Exco bagi memastikan
mesyuarat sebenar yang akan berlangsung pada keesokan harinya berjalan dengan
lancar. Dari sini kita dapat lihat bahawa beliau seorang yang berdisiplin
dengan melakukan persiapan awal.
Seterusnya, Walaupun
Tok Guru adalah seorang Islamis, beliau telah banyak membaca buku tentang
pelbagai mazhab dalam Islam, nasionalisme, liberalisme dan Marxisme, demi untuk
mengetahui apa orang lain kata tentang dunia ini. Dari sini kita dapat lihat
komitmen ataupun kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau dalam meneroka ilmu
untuk terus bersaing bersama-sama dengan para pemimpin yang lain.
Setakat ini dahulu perkongsian aku dan aku akhiri dengan
petikan kata-kata dari Tok Guru :
“Jika memandu kita perlukan lessen, menggunakan senjata api
juga perlukan lessen maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen
itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa
lessen.”
Thanks for reading.
Comments
Post a Comment