PENANG TRIP

PENANG TRIP


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ni aku nak cerita pasal trip ke Penang bersama kakak aku pada hujung minggu lepas. So, kami pergi menaiki kereta bersama dari my hometown iaitu Kuala Kangsar ke Penang yg terletak lebih kurang sejam setengah je. Aku memang dah lama teringin nak pergi Penang yg kononnya untuk food hunting sebab Penang ni banyak makanan yg sedap kalau korang boleh tgk sendiri dlm Twitter.

First of all, after arrived Penang dalam pukul 1 camtu, kami terus ke Nasi Kandar Line Clear yg terletak di Bandar Georgetown. Makanan kat sini mmg superb gila wehh, overall aku bagi 5 bintang sebab mmg sedap, harga pun boleh tahan murah walaupun portion makanan agak besar. After that, kami pergi ke TeoChew Chendul yg agak dekat dgn nasi kandar tadi, mmg sedap gila kena cendol time2 panas terik ni. Apa yg aku tertarik pasal gerai ni ialah makan cendol sambal berdiri, satu tradisi yg agak rare di Malaysia dan cara penyediaan cendol yg sangat laju, harga pun not bad RM2.90, sedap pun sedap.

So, bila dah kenyang ni hati ni rasa macam nak berjalan pulak, kami pergi Penang Hill atau Bukit Bendera. Kat sini kita boleh nampak permandangan seluruh Penang dari jarak lebih 700 meter dari paras laut. Harga tiket untuk cable car hanya RM10, korang boleh rasai sendiri pengalaman menaiki cable car untuk ke puncak Penang Hill ni, overall mmg tempat ni best dan recommend untuk couple2 yg acah2 nak sweet kat atas ni, hehe. After that, nak dekat malam ni, perut pun rasa lapar pulak, so kami decide untuk pergi ke Gurney Drive yg terletak tidak jauh dari Gurney Paragon Mall. Banyak pilihan makanan yg korang boleh dapat kat sini dan yg paling famous kat sini ialah dia punya pasembur perghh mmg mantap habis dengan dia punya pilihan topping kat situ mmg padu. Walaupun aku ambik agak banyak, harga dalam RM11, mmg recommended.


Finally, sebelum balik aku pun layan je kehendak kakak aku yg nak sangat pergi ke Penang Avatar Secret Garden yg terletak di Bandar Tanjung Tokong. Memang agak crowd kat sini sebab masuk FOC, just bayar parking RM5 je. Lampu2 kat sini menunjuk macam dalam filem avatar yg biru tu, memang cantik view kat sini. Kami pun dah penat, so kami pulang dengan kepuasan walaupun kejap tapi tetap rasa best dan aku harap aku dapat lagi berjalan macam ni di masa akan datang. 



First Penang Bridge

Penang Hill

Nasi Kandar Line Clear


TeoChew Cendol

Gurney Drive Pasembur

Comments