Pada 14 September yang lalu Upacara Perbarisan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia telah diadakan di Akademi Laut Malaysia (ALAM) bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan kadet, staf, pegawai, jurulatih serta seluruh warga Akademi Laut Malaysia. Upacara ini bermula seawal jam 8.00 pagi bertempat di Padang Kawad Akademi Laut Malaysia diiringi dengan Persembahan dari pasukan pancaragam Akademi Laut Malaysia sendiri.
Di sini saya selaku Pegawai Kadet Kanan dalam unit PALAPES Laut ALAM ingin berkongsi serba sedikit pengalaman saya menyertai upacara yang gilang gemilang ini. Kontinjen PALAPES Laut ALAM adalah kontinjen yang ketiga membuat lintas hormat di hadapan para pegawai dari unit PSSTLDM ALAM sendiri. Mereka terdiri daripada Pegawai Pemerintah, Leftenan Komander kehormat David Fredrick, Leftenan Komander Kehormat Balakrishnan, Pegawai Koordinasi, Leftenan Shanmugaraj, serta staf-staf sekalian.
Kontinjen PALAPES Laut ALAM, mempunyai kekuatan seramai 25 orang terdiri daripada Leftenan Muda, Pegawai Kadet Kanan serta Pegawai Kadet. Pada hari tersebut Para Pegawai Muda segak berpakaian NO.2 ALFA manakala para Pegawai Kadet Kanan kemas Berpakaian NO.2 BRAVO dan diakhiri dengan Pegawai Kadet yang memakai NO.2 CHARLIE.
Sebaik sahaja upacara dimulakan dengan persembahan dari pasukan pancaragam ALAM, para kontinjen semua berjalan masuk dengan berkawad lalu memberi tabik hormat kepada para pegawai tertinggi serta staf-staf Akademi Laut Malaysia. Seterusnya nyanyian lagu "Negaraku", bacaan doa dan upacara diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Pemerintah Akademi Laut Malaysia, Leftenan Komander Kehormat David Fredrick seterusnya merasmikan upacara tersebut. Upacara ini diakhiri dengan nyanyian lagu "Jalur Gemilang" oleh semua warga ALAM.
Di sini, apa yang saya boleh rumuskan ialah kita dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan kita dengan mengadakan upacara-upacara seperti ini. Ianya sangat memberi impak yang positif kepada semua pihak dan sememangnya meningkatkan rasa cinta akan negara dalam diri kita semua. Dengan ini, kita akan lebih sayangkan negara kita dan akan cuba sedaya upaya mempertahankan apa yang telah kita capai daripada ancaman yang boleh menggugat ketenteraman negara kita ini.
Akhir kata daripada saya, ayuhlah MALAYSIA, kita semua bersatu dalam mengekalkan kemerdekann tanah air kita yang tercinta ini !!!

siap siaga |
Pegawai Kadet Kanan intake 7 |
Comments
Post a Comment