Lebih 750 nahas yang berlaku di lebuh raya PLUS berpunca dari Tayar.
Kalau drive dari utara ke selatan, banyak kesan-kesan tayar pecah lori2, samada pecah tayar belakang, pecah tayar depan, kadang bersepah di atas highway.
Video 1 kemalangan di Plus seremban semalam. Tayar hadapan lori pecah.
Apa punca tayar boleh meletup pecah? sebab faktor cuaca ke? jalan panas ke? tayar celup uzur ke? tayar guna tayar salji import sebab murah dan cut cost company pengangkutan ke? atau dah kena tahan, tapi lepas? Bukan tuding pada driver lori semata...company lori tu bagaimana?
Kawan adik ipar meninggal sebab bawa motor, terlanggar serpihan besar tayar pecah. Konvoi dia sempat snap foto sebelum peronda datang nak alih tayar. diorang bertegas jangan alih dulu sampai polis datang.
JPJ SPAD TRAFIK PDRM tolong la jangan berbudi bahasa dengan lori tayar botak dan tayar celup yang terlalu uzur. janganlah duk cari no plate tak ikut spec, tinted, etc, tayar celup tayar uzur lori meletup ni lah padahnya.
Kalau tahan lori2 ni, janganla terima suapan. saman tokey lori pengangkutan suruh diorang tukar tayar lori yang elok.
Andai lori ni tayar dia pecah sebab tayar uzur, pernah kena tahan tapi dilepaskan sebab Rm50, yang meninggal tu...memang teraniaya.
1 action, create a lot of chain reactions.
Berapa ribu orang terkandas perancangan kerana kesesakan semalam?
Berapa ratus orang batal appointment
Berapa puluh orang lambat ambil anak di pengasuh dan kena tambah bayaran denda lewat ambil
Berapa puluh orang cancel program
Dan 4-5 keluarga sedang menangisi kematian ahli keluarga mereka.
Memanglah yang eksiden semalam masih dalam siasatan, tapi....banyak sangat kes tayar pecah sebab tayar celup ni.
credit to Fb
Comments
Post a Comment