HUT ke-23 10 Brgd Para πŸ‘€

Pada 7 oktober yang lalu, Palapes (L) ALAM telah menerima jemputan khas dari Markas 10 Briged Para untuk memeriahkan Demonstrasi Keupayaan Tempur. Seramai 40 kadet Alam dan 12 anggota dari ambilan 7 telah pergi menyaksikan pertunjukan tersebut. Pelbagai aset TDM telah ditunjukkan sebagai pameran termasuklah kereta perisai serta senjata berat. Pengunjung pameran tesebut juga diberi peluang untuk bergambar dengan kesemua aset yang telah di pamerkan. Sebagai acara kemuncak iaitu demonstrasi keupayaan tempur, anggota 10 Brgd Para telah menunjukkan cara serangan melalui darat dan udara menerusi kereta perisai, terjunan payung serta dari bantuan artileri iaitu mortar.
Sebahagian kecil dari aset yang dipamerkan


Demonstrasi payung terjun melalui formasi serangan

Heli EC yg digunakan untuk serangan dari udara
Warga 10 Brgd Para bersama tetamu serta keluarga
Palapes (L) ALAM ambilan-7

Comments