WEEKEND WITH MRT
Assalamualikum dan salam sejahtera
semua, kali ni aku nak cerita pasal pengalaman pertama kali aku naik Mass Rapid
Train atau lebih dikenali sebagai MRT pada minggu lepas.
Tapi sebelum tu aku nak cerita serba
sedikit tentang sejarah pembinaan MRT ini di Malaysia. Pembinaan MRT bermula
pada awal bulan Julai 2011 oleh Perbadanan Mass Rapid Transit Corporation Sdn
Bhd (MRT Corp)
yang ditubuhkan dalam September 2011 yang dipertanggungjawabkan untuk membina
MRT ini yang bernilai lebih 21 billion.
MRT ni meliputi laluan dari Sg. Buloh ke
Kajang untuk fasa yang pertama dengan 9 (25 stesen kecil) buah stesen yang mula
beroperasi pada 16 Disember 2016 yang telah dirasmikan boleh Perdana Menteri
kita.
So, minggu lepas aku ada masa lapang
sikit dan tak tahu nak buat apa kat rumah, aku pun keluar ke eCurve Damansara
yang terletak tidak jauh dari rumah aku. Tiba-tiba terlintas idea untuk aku
merasai sendiri salah satu dari transformasi yg dibawakan oleh PM kita yg
keenam ni, iaitu MRT yg baru sahaja dilancarkan. Aku park kereta di eCurve dan
aku naik MRT bermula dari Stesen Surian ke Bandar Utama, walaupun dekat aku
tetap rasai kemajuan yg ada didalam negara kita.
Sementara itu, selepas sampai di stesen
Bandar Utama aku mengambil bas pengantara yang disedikan untuk ke One Utama
Shopping Mall yg kosnya hanya RM1 sahaja. Inilah serba sedikit yang aku boleh
cerita tentang pengalaman aku menaiki MRT dinegara kita. Semoga negara kita
terus maju sentiasa.
Antara
gambar yang sempat diambil… layan J
Comments
Post a Comment