Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pada hari ini, aku ingin mengajak korang semua untuk menonton filem yang bertajuk Sleight. Filem ini mengisahkan kehidupan seorang remaja yang kehilangan kedua ibu-bapa selepas habis zaman persekolahan. Beliau adalah remaja yang bijak dan pintar kerana ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Namun, kerana kesempitan hidup dan mempunyai seorang adik yang masih bersekolah, membuatkan beliau untuk menolak tawaran tersebut demi menjaga adiknya itu.
Cerita ini menjadi menarik apabila watak utama tersebut dilengkapi dengan kemahiran muslihat silap mata yang menarik. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa setiap kemasyhuran yang dimiliki menuntut pengorbanan yang amat tinggi. Beliau sanggup menggadai nyawa demi mendapatkan duit untuk menyara kehidupan bersama adiknya yang masih muda dan bersekolah.
Kepintaran yang dimiliki dalam sains telah membantu dalam pertunjukan beliau dalam menjadi silap mata jalanan. Kebijaksanaan yang dimiliki itu menjadi perlindungan dan aset berharga buat beliau meneruskan kehidupan.

Sumber gambar: Google image

Comments
Post a Comment