SEA GAMES CLOSING CEREMONY
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua, kali ni aku nak cerita pasal SEA Games closing
ceremony yang berlangsung pada minggu lepas yang telah diadakan selama beberapa
hari yang mana negara kita sebagai tuan rumah. Closing ceremony ni diadakan di
Stadium Nasional Bukit Jalil dengan bayaran masuk RM10 sahaja.
So,
aku gerak dari ALAM ke KL Sentral untuk ambik mak aku and then gerak dari Kl
Sentral ke Bukit Jalil menaiki LRT. Masa pergi tu tak ramai sangat orang mungkin
sebab dah pukul 8.15 mlm sementara Closing Ceremony start pukul 8.45 malam.
Dari KL Sentral ke Bukit Jalil akan melalui beberapa stesen dan perlu menukar
train di Stesen Masjid Jamek. Sampai Stadium Bukit Jalil dalam pukul 9 malam,
masa tu orang dah mula sorak and nyanyi sama-sama yang mana masa tu emcee
adalah Datuk Aznil Hj. Nawawi tapi moments ni tak disiarkan dalam tv, yang
dalam tv start pukul 9.30 malam.
Event
dimulakan dengan nyanyian Negaraku and then ucapan oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib bin Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludin Abu
Bakar. Selepas itu, diserikan dengan perarakan kotingen negara dan negara yang
menyertai dan seterusnya persembahan dari artis tempatan seperti, Dato’ M.
Nasir, Amy Search, Sheila Majid, David Arumugam, Jaclyn Victor, Hijjaz, Ella
dan ramai lagi artis hebat yang lain.
Diakhir
event ni diserikan lagi dengan ucapan oleh Perdana Menteri yang telah
mengumukan bahawa Isnin (04 September 2017) adalah cuti umum sempena meraikan
kejayaan kotingen negera memenangi Sukan SEA dengan kutipan emas sebanyak 145.
Dan diteruskan lagi dengan sorakan kemerdekaan sebanyak 7 kali diiringi oleh
letupan bunga api.
Finally,
it was a great moments in my life to stand together tanpa mengira bangsa dan
agama untuk menyambut hari kemerdekaan dan kejayaan kotingen Negara memenangi
Sukan SEA kali ini.
Antara gambar yang sempat diambil... layannn
Comments
Post a Comment