Abang Long Fadil 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kami baru sahaja pulang selepas selesai beraya haji bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah, atas rahmat Ilahi, kami diberi kesempatan bercuti selama 5 hari iaitu Hari Kemerdekaan Negara Tercinta, Hari Raya Aidiladha, hujung minggu dan cuti peristiwa bagi menghargai jasa atlet-atlet negara yang memenangi Sukan Sea pada kali ini.

Aku mengambil kesempatan ini dengan berehat dan bersiar-siar. Ada juga aku ke wayang dalam cuti ini sebanyak dua kali !! tak lain dan tak bukan, Abang Long Fadil 2 lah yang menarik minat aku untuk melihat sehingga dua kali. Tidak kering gusi tertawa melihat cerita ini.

Sejujurnya, apa yang mampu aku bagi ulasan mengenai cereta ini adalah, menghiburkan. Walaupun, cerita ini tiada hala tuju yang jelas dan jalan cerita yang teratur tetapi sememangnya menghiburkan apabila melihat telatah dan lawak Zizan, AC Mizal, A.Galak, Wak Doyok, Achey dan ramai lagi pelakon tempatan berwajah baru serta berbakat.

Kesimpulan cerita ini adalah mengenai misteri siapakah disebalik topeng pembunuh upahan bagi dua kumpulan mafia besar di negara ini. Plot cerita ini berkembang dengan adanya "plot twist" dengan kehadiran Zizan Razak sebagai hero utama dalam movie ini. Tidak perlu bersungguh untuk memahami tetapi "enjoy" filem tersebut dengan telatah pelakon-pelakon.
Ini adalah OST filem ini yang seolah meniru irama Despacito

Kumpulan Produksi yang melancarkan filem ini

Poster menarik menonjolkan kisah utama filem ini.

Pelakon-pelakon yang ditonjolkan untuk filem ini
Penampilan sulung model terkenal Wak Doyok dalam bidang lakonan.

sumber gambar: google image

Comments