Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Melaka Tahun 2017


Tarikh : 14 Ogos 2017

Kategori : Melaka

Tarikh : 14 Ogos 2017 (Isnin)

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Dewan Seri Negeri, Melaka

Pada tarikh 14 Ogos 2017, jam 9.00 pagi, berlangsung satu Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Melaka Tahun 2017. Program diadakan di dewan Seri Negeri, Melaka. Program gabungan bersama kerajaan negeri Melaka.Majlis Perbandaran Melaka Bersejarah (MBMB) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka (JPNIN) ini dilaksanakan di dalam satu majlis himpunan penjawat awam bulanan negeri Melaka. Program dihadiri lebih kurang 500 orang penjawat awam dan juga gabungan para pelajar sekolah telah memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Program dimulakan dengan perarakan membawa masuk bendera besar oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia unit 514, Bukit Beruang Melaka dan diikuti oleh 60 orang para pelajar daripada AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM) yang ditugaskan membawa 60 bendera iringan iaitu Jalur Gemilang sempena simbolik 60 tahun merdeka negara Malaysia bagi tahun 2017 ini.













Comments