Live Your Life

Assalammualikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian. Dunia ini sememangnya indah dan patut diraikan semua penghuninya. Ada masa kita bersedih atau gundah gelana tetapi hidup ini tidak selalunya begitu kejam kerana di setiap hujan ribut pastinya akan berakhir dengan pelangi. Sentiasa percaya pada diri anda dan terus berjalan menghadapi liku-liku kehidupan. Sentiasa maju ke hadapan dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Sentiasa Gagah Setia.

Pada akhir bulan Julai yang lepas, kami telah dapat peluang bermalam di rumah pada hujung minggu. Masa yang diberi ini sememangnya aku manfaatkan sepenuhnya. Dalam perjalanan pulang ke ALAM pada Ahad itu, aku sempat singgah di hotel Avillion. Sempatlah aku berjumpa Orked dan keluarga yang sedang berehat, bercuti sebelum memulakan minggu yang baru dalam bulan Ogos.

Aku sempat menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga pada petang Ahad itu dengan mendapatkan ketengan jiwa. Pemberi semangat untuk meghadapi cabaran sebelum lapor pulang ke ALAM.
Pemandangan indah dari hotel.

Pelabuhan kapal-kapal layar.

Hotel ini terlindung dalam bulatan teluk.

Pemandangan cantik menenangkan jwa.

Comments