Supercharger vs Turbocharger.Which one better ?

Dengar tajuk pun mesti tertanya-tanya apa kaitan supercharger dan turbocharger ini dengan kita yang ambil diploma in nautical studies ini ?.Tiada kaitan langsung dengan enjin subjek kita betul tak ?

Haaa memandang semester 3 ini kita semua kena ambil subjek yang bernama Complementary Studies(Engineering),saya disini ingin memberi sedikit gambaran dan penjelasan tentang apa itu supercharger dan turbocharger dalam sistem enjin.

APAKAH ITU SUPERCHARGER DAN TURBOCHARGER?

Supercharger dan turbocharger ialah sistem induksi paksaan, di mana aliran udara dimampatkan ke dalam enjin. Udara padat itu membolehkan enjin memadatkan lebih udara dan bahan api ke dalam setiap silinder, sekali gus membuatkan setiap proses pembakaran lebih berkuasa.

Kehadiran dua sistem itu menjadikan enjin lebih berkuasa berbanding enjin standard. Secara purata, sistem ini menyuap lebih 50 peratus udara ke dalam enjin. Jika mengambil kira dunia tanpa hukum termodinamik, anda boleh menterjemahkannya sebagai enjin dengan 50 peratus ekstra kuasa. Tetapi dalam dunia prestasi sebenar pula, peningkatan kuasa berlaku antara 30 hingga 40 peratus.

APAKAH PERBEZAAN SUPERCHARGER DAN TURBOCHARGER?

Secara teknikal, fungsi dua peranti itu hampir serupa. Perbezaan utama terkandung pada bekalan kuasa yang digunakan untuk memampatkan udara.

Supercharger disambung terus kepada enjin menerusi satu tali sawat (belt) dan menggunakan sedikit tenaga enjin untuk mendapatkan kuasa.

Turbocharger pula memampatkan udara menerusi satu turbin khas yang dipasang dalam sistem ekzos kenderaan untuk menangkap tenaga buangan enjin.

MANA SATU LEBIH BAIK?

Turbocharger beroperasi lebih efisien dan menghasilkan prestasi lebih baik pada kelajuan enjin tinggi, tetapi kuasa lonjakan (boost) daripada turbocharger tidak dicapai serta-merta. Pemasangan turbocharger juga lebih rumit.

Supercharger beroperasi baik pada kuasa enjin rendah, tetapi tidak secekap turbocharger dan juga lebih mahal. Sebaliknya, supercharger lebih mudah dipasang.



Enjin supercharge


Enjin turbocharge


Kesimpulan turbocharger


Perbezaan antara turbocharge dan supercharge


Haaa yang ini siput turbo nama nya hahahaha








" Knowledge is our most powerful engine of production "















sumber :  https://pandulaju.com.my/supercharger-vs-turbocharger-siri-1-kenali-makna-perbezaan-dan-mana-satu-lebih-baik/ 

gambar : google images

Comments