PALAPES LAUT ALAM DI BANDARAYA MELAKA

         Asssalamualaikum semua…., 06 JULY 2017 – Pasukan PALAPES Laut ALAM telah mengikuti lawatan ke bandaraya Melaka bersempena dengan Karnival Warisan UNESCO Melaka 2017. Karnival ini diadakan bertujuan untuk menyambut ulang tahun negeri Melaka sebagai pusat Perdagangan pada zaman dahulu.

         Di sini kami dapat menyaksikan pelbagai kostum orang zaman dahulu, pedagang-pedagang dan sebagainya. Kami juga dapat menikmati suasana pada zaman dahulu yang mana di negeri Melaka ini penuh dengan kehadiran pedagang-pedagang dari pelusuk dunia. Dengan ini, kami juga dapat belajar sedikit sebanyak mengenai budaya yang terdapat di negeri ini pada zaman dahulu.


         Walaupun tempoh lawatan itu sangat singkat, tetapi kami menikmati masa tersebut dengan baik dan menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman sebanyak yang boleh.Ternyata ia secara tidak langsung membuka mata kami tentang persepsi masyarakat zaman dahulu.








peserta berkostumkan polis pada zaman dahulu



PALAPES LAUT ALAM ambilan 7

Comments