15 JULAI 2017 – Padang Dataran Pahlawan
Acara
Larian Bendera Negaraku 2017 peringkat negeri Melaka telah dianjurkan oleh
Kementerian Belia & Sukan negeri Melaka bagi menyemarakkan semangat
patriotisme terhadap Negara kita. Acara ini juga diadakan bersempena dengan
Hari Kemerdekaan negara kita kali ke-60 yang menjelang tiba pada 31 Ogos 2017
ini.
Acara
ini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Antaranya
ialah warga emas, dewasa, remaja, dan kanak-kanak. Selain itu, acara ini juga
disertai oleh 10 Briged PARA dari kem Terendak.
Trek
larian ini ialah sepanjang 3km dan para pelari dikehendaki mendaftarkan diri
secara online dan mengambil kupon larian sehari sebelum acara itu diadakan.Para
pelari diberi sehelai tshirt, bib larian dan pek makanan tengahari oleh
penganjur.Acara itu dimulakan pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
sebelum acara larian dimulakan |
Comments
Post a Comment