Lumut, 19 Mac- Kursus PALAPES-Laut Fasa 3 merupakan kemuncak
latihan Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM Tahun 1. Pada kali ini, kursus tersebut
telah dijalankan dengan jayanya di KD SULTAN IDRIS 1, Pangkalan TLDM Lumut,
Perak selama 7 hari mulai 19- 26 Mac 2017 yang lepas.
Seramai 16 orang Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM pengambilan
7/2017 telah berjaya menjalani kursus ini sehingga selesai.
Antara objektif kursus adalah:
(a) Pegawai Kadet memahami aspek kerjaya dalam TLDM
(b) Pegawai Kadet dapat membentuk siasah diri, sikap,
displin dan mengenali budaya kerja dalam
TLDM
(c) Menerapkan semangat dan nilai ketenteraan dalam diri
Pegawai Kadet
Pelbagai bentuk latihan telah dilaksanakan sepanjang tempoh
kursus seperti Kelas Teori, Sukan, MKMA, Kawad Kaki, Lawatan ke KD DUYONG, Unit
Udara TLDM(KD Rajawali) dan TANGKAS serta pelayaran bersama KD Laksamana Tan
Pusmah.
Bertolak dari Akademi Laut Malaysia
Latihan Kawad Kaki
Lawatan Unit Udara TLDM(KD Rajawali)
Lawatan KD Laksamana Tan Pusmah.
Stimulator TANGKAS
Lawatan KD Duyong
Upacara Penutup
Semua PK PALAPES-Laut ALAM telah menunjukkan semangat dan
sikap yang positif sepanjang kursus. Pegawai Memerintah KD SULTAN IDRIS 1 turut
memberi pujian ke atas keseluruhan PK semasa upacara penutup kursus pada 26 Mac
2017. Semoga prestasi seperti ini dapat dikekal dan dipertingkatkan demi
menjaga nama baik PALAPES-Laut ALAM khasnya dan Akademi Laut Malaysia amnya.
Latihan ini dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal bakal pegawai,
memantapkan ilmu-ilmu ketenteraan dan menambah
ilmu-ilmu tentang kelautan. Selain itu, latihan ini juga dapat memupuk
sikap tanggungjawab seorang bakal pegawai terhadap sesuatu tugas yang diberikan
dan dapat memupuk bakal pegawai tentang ketepatan masa dan cara menguruskannya.
Setiap fasa latihan yang dilakukan sangat bermakna dan penting bagi seorang
bakal pegawai untuk melatih diri mereka untuk menjadi seorang pegawai PSSTLDM.
Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM 7/2017 akan menjalani
latihan fasa laut di setiap kapal latihan yang ditetapkan untuk tempoh
perkhidmatan laut selama setahun sebelum pulang semula ke ALAM untuk meneruskan
fasa latihan seterusnya.
Comments
Post a Comment